Search This Blog

Wednesday, 17 August 2011

PERUMAHAN GENERASI KEDUA (BARU) FELDA


PETIKAN DARI LAMAN WEB GWGF..




PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA







Disini pihak GWGF ingin memberikan sedikit penerangan 

mengenai

BORANG PERMOHONAN RUMAH GENERASI BARU 

FELDA 

yang diedarkan oleh pihak GWGF. Bersama-sama ini  

diterangkan tujuan mengapa borang tersebut diedarkan, 

syarat-syarat dan langkah-langkah serta proses untuk 

membolehkan projek perumahan ini dijalankan.





TUJUAN :

Borang permohonan ini bertujuan untuk mengkaji permintatan terhadap perumahan oleh Generasi Baru FELDA. Dengan angka statistik yang tepat, ia menjadi bukti yang sahih untuk dibentangkan kepada pihak Kerajaan terhadap permintaan ini.

SYARAT :

Syarat Permohonan Wajib hanyalah pemohon mesti terdiri dari kalangan Generasi Baru FELDA sama ada anak, menantu atau cucu/cicit peneroka.

Syarat-syarat tambahan hanya akan dikenakan semasa sesi permilihan yang akan dipengerusikan sendiri oleh JKKK/JKKR FELDA itu sendiri dan dianggotai oleh wakil belia, GPW, RKT dan pertubuhan setempat yang lain.

LANGKAH DAN PROSEDUR UNTUK MEMULAKAN PROJEK PERUMAHAN DI TANAH RANCANGAN FELDA:

1. Pihak GWGF harus menerima surat permohonan daripada pihak tanah rancangan FELDA samaada daripada ketua kampung (JKKK/JKKR), pengurus FELDA atau pengerusi belia yang menyatakan persetujuan dan menjemput GWGF untuk memajukan projek perumahan generasi baru FELDA di FELDA tersebut.

2. Selepas surat permohonan diterima, pengarah projek GWGF akan turun ke FELDA tersebut untuk berbincang mengenai kesesuaian tanah yang mahu dijadikan tapak projek perumahan dan melakukan lawatan tapak.

3. borang-borang permohonan perumahan yang diterima oleh pihak GWGF daripada tanah rancangan tersebut akan disemak untuk mengetahui jumlah generasi yang berminat untuk membeli rumah generasi baru tersebut.

4. Pihak GWGF akan membuat permohonan tanah kepada FELDA dan kerajaan negeri yang berkaitan dan proses seterusnya akan diuruskan oleh pihak GWGF.
#SO KEPADA SAHABAT-SAHABAT GENERASI KEDUA FELDA, MARILAH KITA ISI BORANG   
INI BAGI MEMUDAHKAN URUSAN..SETIAP APA PROJEK YANG FELDA HENDAK LAKSANAKAN MESTI ADA KAJIAN DAN MEMERLUKAN 'FEEDBACK' DARI MASYARAKAT FELDA

BORANG BOLEH DIMUAT TURUN DI SINI


BORANG YANG SUDAH SIAP DI ISI BOLEH DI HANTAR DI ALAMAT BERIKUT:

GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA,
TINGKAT 9,WISMA SUNWAYMAS,
NO 1 JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH C9/C,
SEKSYEN 9,40100, SHAH ALAM SELANGOR

1 comment:

  1. Mr pedro dan perusahaan pinjamannya telah sangat membantu perusahaan kami dengan menyediakan jalur kredit untuk pertumbuhan bisnis agro kami yang berkelanjutan, saya sangat senang bahwa perusahaan saya bangkit kembali dengan bantuan pedro, petugas pinjaman yang memberikan saya $8,000,000.00 untuk pinjaman bisnis. mr pedro dan perusahaannya juga memberikan jumlah pinjaman kepada individu atau perusahaan yang mencari cara untuk memperluas atau melaksanakan proyek mereka dengan bunga rendah 2 tahunan kembali. hubungi mereka untuk mendapatkan pinjaman bisnis Anda, pinjaman pribadi, pinjaman pedagang, pinjaman awal, pinjaman mobil, pinjaman rumah. di pedroloanss@gmail.com teks whatsapp: +18632310632 semoga berhasil"

    ReplyDelete