Search This Blog

Sunday, 21 August 2011


MARI KITA DENGAR LAGU RAYA...........

sekejap sahaja masa berlalu, tup tap tup tap...sudah masuk hari ke 16 kita berpuasa...
ada yang sibuk menghias rumah dan ada yang sibuk menambahkan amalan dengan bertadarus, qiamulail, dan terawih..
semuanya bergantung pada individu...
dan disini saya sertakan sedikit LAGU RAYA untuk sahabat-sahabat...

    1. Aisyah-Pulanglah      http://www.ziddu.com/download/11239922/aishah-pulanglah.mp3.html
    2. Anuar Zain & Ellina  http://www.ziddu.com/download/11309594/AnuarEllina-SuasanaHariRaya.mp3.html
    3. Aman Shah-Kepulangan Anakmu   http://www.ziddu.com/download/11309593/AmanShah-KepulanganAnakmu.mp3.html
    4. Aishah-Setitis Cahaya Di Aidil Fitri   http://www.ziddu.com/download/2134885/Aishah-SetitisCahayadiAidilfitri.mp3.html
    5. Ahmad Jais-Selamat Hari Raya   http://www.ziddu.com/download/11309592/AhmadJais-SelamatHariRaya.mp3.html
    6. Asha Malik-Pulang Di Hari Raya   http://www.ziddu.com/download/2134890/AshaMalik-PulangDiHariRaya.mp3.html
    7. Black Dog Bone-Cahaya AidilFitri   http://www.ziddu.com/download/11309595/BlackDogBone-CahayaAidilfitri.mp3.html
    8. DJ Dave- Menjelang Hari Raya   http://www.ziddu.com/download/2134893/D.JDave-MenjelangHariRaya.mp3.html
    9. Raihan-Satu Pagi Di Hari Raya   http://www.ziddu.com/download/2135193/Raihan-SatuPagiDiHariRaya.mp3.html
    10. Jamal Abdillah-Salam Aidil Fitri   http://www.ziddu.com/download/2135195/JamalAbdillah-SalamAidilfitri.mp3.html
    11. P Ramlee-Dendang Perantau   http://www.ziddu.com/download/6705082/pr-ddgprantau.mp3.html
    12. S Jibeng-Musafir Di Aidil Fitri  http://www.ziddu.com/download/2135233/SJibeng-MusafirdiAidilfitri.mp3.html
    13. Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai-Lebaran Ini http://www.ziddu.com/download/2135234/RaihanNowseeheartRemAjai-LebaranIni.mp3.html  
    14. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf   http://www.ziddu.com/download/11310561/Sudirman-DariJauhKuPohonMaaf.mp3.html
    15. Hattan - Selamat Datang Sayang   http://www.ziddu.com/download/2226855/HattanSelamatDatangSayang.mp3.html

TAKBIR RAYA

Friday, 19 August 2011

AKU BANGGA JADI ANAK FELDA...





SALAM UKHUWAH..
INI ADA SATU BERITA MENARIK UNTUK GENERASI KE 2 FELDA..
SAHAM KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 SUDAH DILANCARKAN...


SILA DOWNLOAD DAN ISIKAN PADA BORANG YANG DISEDIAKAN


DOWNLOAD BORANG KPF 2:
http://www.felda.net.my/feldav3/attachments/article/250/KPF_2_2011.PDF

MARILAH KITA MELABUR PADA KPF 2 INI...UNTUK GENERASI FELDA SAHAJA..ITU UNTUNGNYA JADI ANAK FELDA


INI ADALAH LINK DARI LAMAN WEB
DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA





Aku sebagai anak Felda rasa gembira sangat. Dulu FELDA dipandang sepi dan terasing daripada arus kehidupan..Duk kat universiti nak mengaku anak peneroka FELDA pun malu.

Hari ni, mcm Pengerusi GWGF, TS Rozali Ismail kata, ramai generasi baru FELDA dah bekerja sebagai usahawan, arkitek, peguam, doktor dan pensyarah.

Kita dah boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan yang lain.

Terima kasih atas usaha murni ini.

Wednesday, 17 August 2011

RUMAH RM19000...PEH,BEST BETUL JADI ANAK FELDA

SALAM....


Baru sahaja saya post article pasal rumah untuk generasi ke 2..hari ini kat berita harian sudah keluar projek untuk rumah generasi ke 2..
wow...peluang menarik untuk gen 2 felda...projek under GWGF..


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rumahmurahgenerasi2FELDA/Article/

PERUMAHAN GENERASI KEDUA (BARU) FELDA


PETIKAN DARI LAMAN WEB GWGF..




PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA







Disini pihak GWGF ingin memberikan sedikit penerangan 

mengenai

BORANG PERMOHONAN RUMAH GENERASI BARU 

FELDA 

yang diedarkan oleh pihak GWGF. Bersama-sama ini  

diterangkan tujuan mengapa borang tersebut diedarkan, 

syarat-syarat dan langkah-langkah serta proses untuk 

membolehkan projek perumahan ini dijalankan.





TUJUAN :

Borang permohonan ini bertujuan untuk mengkaji permintatan terhadap perumahan oleh Generasi Baru FELDA. Dengan angka statistik yang tepat, ia menjadi bukti yang sahih untuk dibentangkan kepada pihak Kerajaan terhadap permintaan ini.

SYARAT :

Syarat Permohonan Wajib hanyalah pemohon mesti terdiri dari kalangan Generasi Baru FELDA sama ada anak, menantu atau cucu/cicit peneroka.

Syarat-syarat tambahan hanya akan dikenakan semasa sesi permilihan yang akan dipengerusikan sendiri oleh JKKK/JKKR FELDA itu sendiri dan dianggotai oleh wakil belia, GPW, RKT dan pertubuhan setempat yang lain.

LANGKAH DAN PROSEDUR UNTUK MEMULAKAN PROJEK PERUMAHAN DI TANAH RANCANGAN FELDA:

1. Pihak GWGF harus menerima surat permohonan daripada pihak tanah rancangan FELDA samaada daripada ketua kampung (JKKK/JKKR), pengurus FELDA atau pengerusi belia yang menyatakan persetujuan dan menjemput GWGF untuk memajukan projek perumahan generasi baru FELDA di FELDA tersebut.

2. Selepas surat permohonan diterima, pengarah projek GWGF akan turun ke FELDA tersebut untuk berbincang mengenai kesesuaian tanah yang mahu dijadikan tapak projek perumahan dan melakukan lawatan tapak.

3. borang-borang permohonan perumahan yang diterima oleh pihak GWGF daripada tanah rancangan tersebut akan disemak untuk mengetahui jumlah generasi yang berminat untuk membeli rumah generasi baru tersebut.

4. Pihak GWGF akan membuat permohonan tanah kepada FELDA dan kerajaan negeri yang berkaitan dan proses seterusnya akan diuruskan oleh pihak GWGF.
#SO KEPADA SAHABAT-SAHABAT GENERASI KEDUA FELDA, MARILAH KITA ISI BORANG   
INI BAGI MEMUDAHKAN URUSAN..SETIAP APA PROJEK YANG FELDA HENDAK LAKSANAKAN MESTI ADA KAJIAN DAN MEMERLUKAN 'FEEDBACK' DARI MASYARAKAT FELDA

BORANG BOLEH DIMUAT TURUN DI SINI


BORANG YANG SUDAH SIAP DI ISI BOLEH DI HANTAR DI ALAMAT BERIKUT:

GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA,
TINGKAT 9,WISMA SUNWAYMAS,
NO 1 JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH C9/C,
SEKSYEN 9,40100, SHAH ALAM SELANGOR

Monday, 15 August 2011

HARI RAYA..JALAN RAYA..KUIH RAYA..BAJU RAYA..


Salam...

Macam-macam kalau kita sebut pasal RAYA..Almaklumlah,raya setahun sekali..Tapi adakah sahabat tahu apakah maksud RAYA yang sebenarnya.........

Pada lughah atau pada bahasa, raya ertinya
besar atau utama. Jalan raya ialah jalan yang besar atau utama. Pasar raya 
ialah pasar yang besar. Bandaraya pula ialah bandar yang besar dan utama.





Begitu juga dengan lebuhraya dan sebagainya. Oleh itu hari raya bermaksud
hari yang besar atau hari yang utama. Benarkah hari raya itu hari yang
besar dan utama? Kalau benar, di manakah letak kebesaran atau
keutamaannya.

 Apakah hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya dianggap sebagai hari
yang besar? Kalaulah benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana patut
kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana
patut kita mengisinya?


Adakah pada setiap hari raya kita perlu tukar langsir, perabot dan
permaidani? Adakah sempena hari raya, kita perlu beli pakaian dan kasut
baru? Kita menjamu selera dengan bermacam-macam kuih-muih dan juadah yang
enak dan lazat.



Atau adakah cukup hari raya itu disambut hanya dengan bersembahyang hari
raya, mengirim kad-kad hari raya, berziarah, menjamu selera dan
bermaaf-maafan.
Bagi orang Melayu, eid fitr dinamakan hari raya puasa. Perkiraan dan kira
bicara dalam hal ini sangat senang dan mudah. Ia dinamakan hari raya puasa
kerana ia disambut selepas bulan puasa. Ini sebenarnya mudah yang sudah
terlebih. Sudah over. Cara mudah memberi nama seperti ini tidak memberi
gambaran atau maksud yang sebenar.


Maksudnya tersimpang dan lari dari apa yang dikehendaki oleh agama dan
syariat. Ia menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan orang
Melayu terutama yang tidak mengaji agama, tidak tahu kenapa dan mengapa
mereka menyambut hari raya puasa. Mereka juga tidak tahu bagaimana hari
raya puasa patut disambut. Mereka kira hari raya puasa itu ialah hari
untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria. Hari untuk berbelanja,
membazir dan bermewah-mewah. 

Hari untuk melepaskan geram setelah sekian
lama disekat dan dikongkong nafsu mereka. Mereka sedih kalau tidak dapat
baju raya dan kasut raya. Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru,
perabot baru atau permaidani baru. Bagi yang lebih tua, hari raya puasa
jadi hari “nostalgia” dan hari melayan perasaan. Ingat anak, ingat
cucu yang tidak balik pada hari raya.
Dalam Islam tidak ada hari raya dalam konteks yang difahami oleh orang
Melayu. Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. Tidak
ada hari untuk membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari untuk membazir
dan bermewah- mewah. Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur,
berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget,
tari-menari, show, album dan sebagainya. Yang ada hanyalah hari untuk
bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.


Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya
“mengembalikan”. Fitr itu “fitrah”. Jadi “Eidil Fitri” itu
ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang
suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud hari
menyambut kejayaan mengembalikan fitrah kepada keadaan asalnya yang suci
dan bersih.


Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan nafsu dan
dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan
dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan
rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakan-Nya satu bulan dalam setahun
iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah
lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. 

Ini banyak membantu mengawal nafsunya. Itulah rahmat Tuhan. Ia tidak berlaku pada orang kafir.
Kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Tuhan. Bila Tuhan
sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup
tanpa Tuhan dan tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati jiwanya tidak
boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya akan rosak. Nafsunya
akan bermaharajalela. 



Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan
benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci dan akan benci
dengan apa yang Tuhan suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan.
Akhirnya hidupnya di dunia menjadi punah ranah dan di akhirat nanti akan
bakal dicampakkan ke dalam neraka.

ASSALAMUALAIKUM.......

Salam syukur....
Salam ukhuwah....
Salam Ramadan...

Syukur dengan izin-NYA maka lahirlah blog ini...
Sebenarnya sudah lama ingin membuat blog sendiri, namun baru sekarang menjadi realiti...





Assalamualaikum.....



Salam Ukhuwah..
Salam Syukur....
Salam Ramadan...

Syukur dengan izin-NYA maka lahirlah blog ini..
Marilah kita sama-sama 'share' apa-apa yang boleh menambahkan lagi kePEDASan dalam blog ini...